De la Fuente mahu La Roja bangkit

FootballSports
17 Nov 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: De la Fuente mahu La Roja bangkit

MADRID: Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente yakin skuadnya mampu bangkit lebih kuat selepas tewas 2-3 kepada England dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi semalam.

Kekalahan itu menamatkan rekod 44 perlawanan kompetitif tanpa kalah La Roja sejak Mac 2023, iaitu sepanjang tempoh mereka turut menjulang Euro 2024 dan Piala Dunia 2026.

Bagaimanapun, De la Fuente melihat keputusan tersebut sebagai permulaan cabaran baharu dan percaya pemainnya mampu kembali mencipta kejayaan apabila saingan kalah mati bermula tahun depan.

“Saya sangat optimis. Kini bermula fasa dan cabaran baharu, dan kami mahu memulakannya seperti dahulu, iaitu dengan kembali mencatat kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Sepanyol sudah mengesahkan tempat ke suku akhir Liga Negara-Negara UEFA, namun De la Fuente mahu pasukannya kembali bersedia apabila kejohanan itu bersambung pada Mac depan.

“Pada Mac nanti, kami akan kembali dengan semangat baharu, berusaha melepasi pusingan kalah mati, mara sekali lagi ke final Liga Negara-Negara dan cuba memenanginya,” katanya.

Beliau turut mengakui sukar mengulangi kejayaan besar yang telah dikecapi Sepanyol sebelum ini, namun menegaskan semangat, keazaman dan cita-cita pasukannya masih belum berubah selepas kekalahan tersebut.

Katanya, kekalahan kepada England juga mengingatkan pemain betapa sukarnya membina rekod panjang tanpa kalah, selain membuktikan setiap lawan semakin bersemangat menewaskan Sepanyol.

“Keputusan ini menyedarkan kami betapa sukarnya mencapai segala kejayaan itu. Semua pasukan mahu menewaskan Sepanyol, tetapi kami tetap bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut,” katanya. – AGENSI

The post De la Fuente mahu La Roja bangkit appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved