“No 1 di Asia!” – Malaysia Pintas Singapura & Thailand Sebagai Negara Paling Digemari

5 Jun 2024 • 11:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terkenal dengan kepelbagaian budaya, agama serta masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia merupakan contoh negara yang mana rakyatnya bersatu padu dan terkenal dengan masyarakat yang ramah.

Walaupun rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, satu perkara yang membuatkan kita disenangi ramai adalah semangat atau sikap tolong menolong, mesra dan lain-lain.

Baru-baru ini, sebuah laman web di Amerika menyenaraikan 20 negara yang digemari oleh ramai di Asia dan menurut Insider Monkey, Malaysia menduduki tempat pertama meninggalkan pesaing seperti Singapura (ke-3), Thailand (11) dan juga Indonesia (13).

image is not available

Menurut laman web berkenaan, Asia merupakan benua yang mempunyai pertumbuhan paling pesat di dunia dan dijangkakan menjelang 2040 rantau ini akan menyumbang kepada 50% GDP dunia.

Selain itu, Insider Monkey menjelaskan senarai yang dijana tersebut adalah berdasarkan 5 artikel yang pernah diterbitkan oleh pihak mereka dan pemarkahan adalah berdasarkan beberapa aspek seperti keramahan, paling dilawati, kepelbagaian dan demokrasi.

Tambah laman web berkenaan, Malaysia layak menduduki tempat pertama kerana ia menduduki ranking tinggi dalam setiap aspek kajian.

image is not available

Dalam masa yang sama, Malaysia juga menerima lebih 10 juta pelancong pada tahun 2022 meletakkan ia berada di tangga ke-5 di Asia.

Menurut Insider Monkey lagi, mereka yang memilih untuk ke destinasi di Asia Tenggara tidak hanya datang untuk menikmati pantai yang cantik mahupun kemewahan kehidupan di bandar, tetapi mereka juga ingin meneroka budaya dan tradisi setempat yang diperkuatkan lagi dengan keramahan masyarakat setempat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.