“No Camera Here”- Pelancong Berang Dilarang Tangkap Gambar Depan KLCC, Dipaksa Guna Servis Jurugambar

LocalOpinion
3 Nov 2024 • 4:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular aktiviti sekumpulan jurugambar bebas di Menara Kembar Petronas telah melarang pelancong mengambil gambar di kawasan tersebut dengan menggunakan kamera sendiri.

Terdahulu, pernah tular kes yang sama, namun kali ini kumpulan tersebut semakin berani membalas kritikan netizen.

Ujarnya, pelancong tersebut telah mengganggu rezeki mereka. Difahamkan, kumpulan itu telah mengenakan caj sebanyak RM5 hingga RM10 bagi sekeping gambar.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah memaksa pelancong untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Terdapat juga dakwaan mengatakan kumpulan itu terdiri daripada warga asing yang berasal dari Filipina.

image is not available

Seorang pengunjung, Adib Mazlee telah menceritakan pengalaman rakannya yang melancong di situ. Katanya rakannya itu dilarang mengambil gambar sendiri di kawasan tersebut.

Kawan aku bawa kamera sebab nak ambil gambar member depan KLCC, tapi geng-geng kamera telefon ini datang dan halau. Mereka kata, ‘No camera here’, kena guna servis mereka dulu.

Dia datang sekali empat ke lima orang mengerumuni kawan aku dan suruh berambus sebab dah kacau bisnes diorang. Sampailah polis bantuan datang dan halau geng camera phone tu, sebab itu kawasan umum. Suka hati bapak geng tu nak halau orang lain.

Menjengah ke ruangan komen ramai yang turut merasai pengalaman yang sama.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook