Noah Dettwiler Disahkan Akan Bersama Pasukan SIC58 Musim Hadapan.

31 Oct 2025 • 8:07 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Walaupun sedang menjalani rawatan susulan insiden ngeri di GP Malaysia, masa depan Noah Dettwiler dalam Kejuaraan Dunia Moto3 terus mekar dengan berita yang cukup menggembirakan. Pasukan SIC58 Squadra Corse secara rasmi mengesahkan bahawa satu tempat telahpun disediakan untuk pelumba muda Switzerland itu bagi musim 2026.

Perkara ini diumumkan sebagai tanda keyakinan dan sokongan padu pasukan terhadap potensi besar yang dimiliki oleh Dettwiler. Detik perpindahan ini dijangka memberi nafas baharu dalam kariernya, terutamanya selepas melalui saat-saat sukar akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Dettwiler kini masih dalam fasa pemulihan, namun perkembangan positif yang ditunjukkan memberi harapan tinggi buat para peminat untuk melihatnya kembali beraksi lebih kuat di atas litar suatu hari nanti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved