
Majalah People baru mengumumkan gelaran paling dinantikan sepanjang tahun anjuran mereka iaitu Sexiest Man Alive 2026 (Lelaki Terseksi di Dunia 2026). Majalah tersebut mengumumkan anugerah tersebut diberikan kepada pelakon siri popular The Pitt, Noah Wyle.Pelakon berusia 55 tahun itu menghiasi kulit depan majalah berkenaan dengan penampilan serba denim bagi meraikan gelaran lelaki paling seksi tahun ini seperti yang disiarkan bermula 27 Oktober lalu.Mengulas mengenai pengiktirafan tersebut, Noah mengakui pada mulanya menyangka perkara itu sekadar gurauan dan tidak pernah terfikir dirinya akan menerima penghormatan sedemikian.“Saya fikir itu hanya satu gurauan. Saya langsung tidak pernah membayangkan penghormatan seperti ini akan diberikan kepada saya,” katanya.Pelakon yang mula dikenali menerusi siri ER (1994–2009) itu turut berseloroh keluarganya pasti akan terus mengusiknya mengenai gelaran berkenaan untuk tempoh 50 tahun akan datang.“Saya pasti akan selalu dijadikan bahan gurauan. Itu memang sudah pasti,” kata bapa kepada tiga orang anak itu.Menariknya, sebaik nama Wyne diumumkan sebagai Sexiest Man Alive 2026, ramai pengguna media sosial terutama di platform X melahirkan pandangan masing-masing.Ramai yang terkejut dengan pemilihan tersebut malah ada yang dengan terang-terangan mempersoalkan kriteria pemilihan terutama daripada segi rupa paras.“Noah Wyle, Sexiest Man Alive." Jadi mana lelaki lain? Sudah mati?”, tulis seorang pengguna.Seorang lagi menulis: “Saya tidak kata beliau hodoh, tapi ada calon lain tak?”Manakala ada yang mencuit: “Noah Wyle lelaki terseksi dunia? Tidak, bukan di dunia yang sedang saya lalui dan hidup saat ini.”Selain ada yang menyifatkan Noah Wyle dan predikat tersebut langsung tidak selari.Di sebalik kritikan yang diberi, ada dalam kalangan netizen tetap teruja melihat aktor itu dinobatkan sebagaiSexiest Man Alive. Mereka menyifatkan karisma dan kredibiliti Wyle melampaui perkataan seksi itu sendiri.Suami kepada Sara Wyle itu mula mencipta nama pada era 1990-an menerusi watak Dr. John Carter dalam siri perubatan popular, ER.Ketika berusia 22 tahun, dia mula membawa watak tersebut yang kemudiannya menjadi antara karakter paling digemari penonton sepanjang penglibatannya dalam siri berkenaan.Selepas membintangi siri Falling Skies dan beberapa produksi lain, nama Wyle kembali menjadi perhatian menerusi lakonannya sebagai Dr. Michael “Robby” Robinavitch dalam siri The Pitt pada 2025.Kejayaan menerusi siri berkenaan turut menyaksikan aktor itu meraih empat trofi Emmy dan satu anugerah Golden Globe sepanjang kariernya, termasuk pengiktirafan bagi lakonannya dalam The Pitt.Musim pertama siri tersebut mula ditayangkan pada Januari 2025, diikuti musim kedua pada awal 2026. Musim ketiga pula dijadualkan menemui penonton pada awal 2027.
