Noh Salleh Bakal Tamat Zaman Duda 23 September Ini

15 Aug 2023 • 2:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Vokalis hujan, Noh bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang peguam pada September

Noh Salleh Bakal Tamat Zaman Duda 23 September Ini. Penyanyi, Noh Salleh dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya bersama tunang pilihan hatinya, yang juga seorang peguam pada 23 September depan.

Perkara tersebut dipercayai didedahkan oleh vokalis kumpulan Hujan itu menerusi hantaran kad undangan digital yang telah pun diedarkan kepada kenalan dan rakan artis.

image is not available
Sumber: omm

Hari persandingan di Puchong, Selangor, mula jam 8 malam

Dalam pada itu, di dalam kad undangan tersebut jelas menunjukkan mereka bakal mengadakan hari persandingan di sebuah dewan di Puchong, Selangor bermula jam 8 malam.

Selain itu, memetik laporan, bagi majlis ijab dan kabul bakal mempelai, Noh bersama pasangannya, Fatin Athira Mustapa bakal diadakan pada sebelah pagi pada hari yang sama.

image is not available
Sumber: google

Bertunang pada 7 Mei 2023

Sebelum ini, Noh dan Fatin dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan mereka pada 7 Mei lalu di kediaman rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya.

Untuk makluman, penyanyi berusia 38 tahun itu pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan bercerai pada awal Ogos tahun lalu.

Baca juga artikel yang berkaitan: