“Noki yang tersakiti” – Duduk Belakang Aina Abdul, Noki ‘Struggle’ Elak Muka Dilibas Dress Awan

Entertainment
14 Feb 2023 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kehangatan AJL dilihat masih lagi menjadi buah mulut orang ramai, banyak keratan klip persembahan daripada peserta-peserta masih ‘berlegar’ di ‘FYP’ TikTok dan timeline Twitter.

Bahkan, ada juga rakaman reaksi-reaksi peserta semasa duduk di kerusi penonton, antaranya reaksi Aliff Satar yang terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan paling menjadi tumpuan adalah reaksi Noki K-Clique ketika duduk dibelakang Aina Abdul.

 

Noki yang tersakiti

Seperti yang kita sedia maklum, Aina Abdul menggayakan dress awan yang mempunyai maksud tersirat, gaun besar itu dilihat seperti mengambil banyak ruang ketika dia duduk di hadapan pentas.

Dalam klip yang kini sedang tular, dilihat Noki yang duduk di belakang Aina sering dilibas dengan pakaian penyanyi itu, malah MK dan Sona One juga dilihat turut terkena dengan libasan tersebut.

Dilihat, Sona One dan MK tergelak sakan melihat Noki yang sedaya upaya untuk mengelak daripada terkena pakaian Aina.

Video tular yang telah meraih lebih daripada 2,300 jumlah retweets dalam masa 16 jam itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang terhibur melihat gelagat Noki dan ada juga kurang gemar kerana ianya telah mengganggu orang lain.

 

Kesian boyfriend I – Netizen

image is not available image is not available image is not available image is not available

Bagaimanapun, melihat di IG Story Noki, dia ada repost rakaman daripada penonton pada malam tersebut dan dilihat Noki masih selesa duduk di tempatnya.

image is not available

Mungkin ada cara Aina kendalikan pakaiannya itu dan masa rakaman telah berlaku sedikit masalah kecil pada dress Aina itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article