Nokia 8210 Dengan Bateri Bertahan Berminggu-Minggu Kini Di Malaysia Pada Harga RM299

TechnologyDigital
13 Dec 2022 • 10:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nokia Mobile Malaysia kini dilihat telah membawa masuk satu lagi telefon bimbit baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 8210.

Dengan penawaran sebagai telefon bimbit, ia hadir menyertakan sokongan masa bertahan bateri untuk tempoh berminggu-minggu, sekaligus menjadikannya sebuah telefon yang sesuai sebagai peranti kedua, atau ketika anda pergi bercuti untuk tempoh lama.

image is not available

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin 2.8-inci dengan pad kekunci fizikal, kamera belakang 0.3-megapixel, dan menggunakan pengecas mikro-USB.

Pengguna boleh menikmati sejumlah permainan Gameloft pada telefon ini, selain turut menikmati pemain MP3.

Bagi anda yang mencari sebuah telefon bimbit dengan rekaan retro atau klasik dari Nokia, boleh mendapatkan Nokia 8210 4G ini di pasaran tempatan pada harga RM299.