Nombor Plat EV Sudah Boleh Dibida Bermula Hari Ini Hingga 13 Sept 2024 (Sampai 10 Malam)

LocalCars
9 Sep 2024 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk bakal pembeli kenderaan elektrik (EV).

Ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dengan tanda indeks "EV" yang sudah dibuka untuk dibida.

Nombor Istimewa itu sudah boleh dibida melalui Sistem JPJeBid sehingga 13 September 2024 (10.00 malam)

Keputusan bidaan akan diumumkan dalam 24 jam selepas proses bidaan tamat.

Bagi yang tidak, nombor plat “EV” ini sebenarnya hanya khas untuk kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) termasuk kenderaan elektrik (EV) dan tidak boleh didaftarkan kepada kenderaan bukan ZEV.