Plat Pendaftaran Elektronik JPJePlate Digunakan Bermula Hari Ini

TechnologyDigitalCars
9 Sep 2024 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan untuk nombor plat EV yang khusus untuk kenderaan-kenderaan elektrik baharu di Malaysia. Serentak dengan pengumuman in, JPJ turut mengesahkan kenderaan dengan nombor plat ini juga akan menjadi kumpulan rintis menggunakan plat pendaftaran JPJePlate yang mempunyai pelbagai ciri pintar terbina.

image is not available

Plat pendaftaran baharu ini diperbuat daripada logam dengan nombor plat ditekan terus pada permukaannya. Dengan ini tidak akan timbul lagi isu nombor/abjad tertanggal dan plat patah kerana bahan plastik yang usang. Bahagian nombor yang timbul ini juga mempunyai permukaan yang memantulkan cahaya supaya ia dapat dilihat jelas pada waktu malam.

Selain itu ia hadir dengan ciri RFID secara terbina untuk pelbagai sistem pengangkutan masa depan. Tidak perlu lagi menampak pelekat RFID pada tingkap dan lampu kereta seperti sekarang. Hologram terbina pula mengelakkan pemalsuan nombor pendaftaran dan kod QR terbina memudahkan pihak berkuasa menyemak nombor pendaftaran dan nombor siri JPJePlate.

image is not available

Bendera Malaysia dan singkatan MAL juga tertera pada JPJePlate mengesakan ia kenderaan dari dalam negara. Akhir sekali terdapat skru sehala yang akan menyukarkan plat dicuri.

Pada waktu ini JPJePlate akan hanya digunakan pada kenderaan EV baharu selepas 9 September. Pemilik EV sebelum tarikh ini perlu mendaftarkan minat untuk menggunakannya. Pemilik kenderaan ICE lain pula boleh mendaftarkan minat pada laman JPJePlate hari ini walaupun belum lagi diwajibkan. Dengan JPJePlate, era plat pendaftaran plastik akan akhirnya berakhir di Malaysia.