[NON-HALAL] Hidangan Minuman Popular, Ini Resipi Mudah Air Calamansi

2 Jun 2023 • 2:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Minuman ini sangat popular semasa perayaan

[NON-HALAL] Hidangan Minuman Popular, Ini Resipi Mudah Air Calamansi. Salah satu minuman cocktail paling popular yang anda akan dapati ialah ‘calamansi’. Dikenali dengan rasa limau dan bergas, minuman ini jadi lebih extra dengan menambahkan langkau ke dalam campuran!

Jika anda berminat untuk membuat minuman calamansi anda sendiri untuk dihidangkan kepada tetamu anda (atau pun hanya untuk diri sendiri), berikut adalah resipi cara membuat calamansi anda sendiri yang refreshing.

image is not available
[NON-HALAL] Hidangan Minuman Popular, Ini Resipi Mudah Air Calamansi

Asam boi main peranan

Resipi ini pada asalnya dikongsi oleh Ping Wan melalui Facebook, yang sejak itu mendapat banyak perkongsian kerana betapa mudahnya resipi ini untuk membuat minuman popular ini.

Bahan yang diperlukan:

  • Sirap Calamansi satu botol
  • Lemon dan limau kasturi
  • Asam boi
  • 1 botol ais krim soda
  • 1 botol langkau

Cara membuatnya:

Pertama sekali, potong lemon dan limau kasturi anda kepada hirisan kecil. Untuk resipi ini, tiga biji lemon nipis dihiris dan 5 limau kasturi dihiris.

Kemudian, masukkan sekitar 2-3 cawan sirap calamansi ke dalam air dispenser besar yang berasingan. *Jika anda hanya bercadang untuk membuat satu jag saiz sederhana, kurangkan sirap calamansi kepada setengah cawan sahaja.

Seterusnya, menggunakan cawan yang sama sebagai sukatan, tuangkan langkau ke dalam campuran. Untuk yang ini, anda boleh tentukan jumlah langkau yang anda ingin tambah. Sudah tentu, semakin banyak yang anda tambah, semakin kuat rasanya.

Selepas anda memasukkan langkau anda, tuangkan seluruh botol ais krim soda, diikuti dengan hirisan limau dan limau kasturi anda.

Selepas itu, masukkan sesudu asam boi ke dalam ramuan tersebut kemudian kacau minuman sehingga anda rasa ianya siap. Jangan lupa juga untuk letakkan ais yang mencukupi!

Lagi resipi menarik di sini: