
Nor ‘Phoenix’ Diana Bakal Debut WWE Tryout Di Orlando
Atlet gusti profesional Malaysia, Nor ‘Phoenix’ Diana, mencipta sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama dari negara ini yang bakal membuat debut di Amerika Syarikat (AS).
Nor Diana kini berpeluang membuktikan kemampuan apabila dijadualkan menyertai sesi ujian World Wrestling Entertainment (WWE) di Orlando, Florida.

Berita ini dikongsi selepas bekas atlet IMPACT/TNA, Bhupinder Gujjar, memaklumkan bahawa beliau turut dijadualkan mengikuti sesi ujian sama.
Menerusi hantaran di media sosial, Nor “Phoenix” Diana atau nama sebenarnya Syaradeeba Khamarulzaman menyatakan rasa syukur dan keterujaannya.
“Teka siapa yang dijemput ke sesi ujian @WWE? Sepuluh tahun usaha, pengorbanan dan keyakinan akhirnya sampai ke detik ini.
“Saya amat berterima kasih kepada semua yang membimbing perjalanan ini, terutamanya jurulatih saya @ayezshaukatfonseka, latihan bertaraf dunia di @apacwrestling dan pengalaman yang saya peroleh di @itsmebayley’s @lodestone_est2025.
“Saya yakin dengan usaha yang telah saya lakukan dan proses yang membawa saya ke sini. Sedia memberi segalanya untuk menempatkan diri di WWE,” kata Nor Diana.
Untuk info, Nor Diana, 26, pernah menyertai kem “Lodestone” milik Bayley khusus untuk atlet gusti wanita di arena bebas. Beliau telah bertanding dalam sukan gusti selama sembilan tahun.
Pada November 2025, Nor Diana pernah berentap menentang Mercedes Moné di acara House of Glory, di mana beliau melepaskan kejuaraan APAC Women’s Championship kepada bintang AEW itu.
BACA: ISTAF Iktiraf Syahir Tekong Takraw Terbaik Dunia
Sumber: Nor ‘Phoenix’ Diana/FB, Fightful.com
The post Nor ‘Phoenix’ Diana Bakal Debut WWE Tryout Di Orlando appeared first on Siakap Keli.
