Nora Ariffin Panik, Dakwa Diekori Dua Lelaki Berbadan Besar – “Saya Nampak Ada Kereta Ikut Saya…”

LocalEntertainment
17 Jan 2025 • 10:33 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin berdepan dengan situasi yang mencemaskan apabila dia diekori oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkongsi tentang detik cemas yang dilaluinya apabila menyedari terdapat sebuah kenderaan mengekorinya.

image is not available

Saya memandu seorang diri dan parkir di tempat letak kereta untuk beli pisang goreng. Kemudian semasa berjalan ke kereta, saya nampak ada sebuah kereta four wheel drive ikut saya.

 

Saya terus masuk dalam kereta dan cepat-cepat kunci. Saya tengok kereta tu block kereta saya dari belakang dan saya tak dapat keluar dari tempat parkir.

Penyanyi itu mendakwa dia melihat dua orang lelaki berada di dalam kenderaan tersebut.

image is not available

Susulan itu, dia membaca doa pendinding diri selepas panik kerana ketakutan.

Dia buka tingkap, saya nampak dua orang lelaki berbadan agak besar. Saya cepat-cepat baca doa pendinding diri dan minta pertolongan daripada Allah dan selepas itu mereka pergi. Saya pun segera tinggalkan tempat tu.

Dalam pada itu, penyanyi itu sempat menitipkan nasihat buat kaum wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan doa agar untuk melindungi diri.

Saya nak pesan pada kaum wanita, tolong berhati-hati di luar sana. Kita tak tahu apa yang akan jadi. Perlu sentiasa berjaga-jaga, amalkan doa pelindung diri dengan izin Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

image is not available 4 weeks ago

Ditegur Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna AI, Nora Ariffin Terima Dengan Hati Terbuka - “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”