Teruk Dikecam Netizen, Lelaki Beri ‘Nafkah 3 Sen’ Pada Anak Tampil Bersuara & Pertahan Diri – “Saya Bukan Bapak Tak Guna”

LocalFamily & Parenting
15 Jan 2025 • 12:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lelaki yang teruk dikecam gara-gara memberikan nafkah anak sebanyak 3 sen tampil membuka cerita daripada pihaknya pula. Menerusi TikTok, @ayahnurnayla berkongsi beberapa tangkap layar mesej di antaranya dan ibu kepada anak perempuannya itu.

Terlalu lama berdiam diri kerana sibuk menguruskan kehidupan dan malas tak suka drama tetapi semakin teruk difitnah. Sekarang saya terpaksa membela diri.

image is not available

Ujar lelaki itu, bekas isterinya membuat tuntutan nafkah bukan kerana dia tidak membuat pembayaran tetapi lebih kepada kerana dia berasa jumlah diberikan tidak mencukupi.

“Kelengkapan lain saya belanja sendiri tidak usik RM300 diberikan kerana saya telah meletakkan syarat saya sendiri pergi beli bersama anak untuk membentuk authority. Saya bukan bapa tidak guna,” tegasnya.

image is not available image is not available

Lelaki tersebut turut mendakwa bekas isterinya menghalang dia dan anaknya berkomunikasi atas alasan dia tidak membayar bil telefon wanita itu.

Selain itu, dia juga berkata wanita tersebut merahsiakan lokasi taska tempat anaknya dihantar dan tidak memaklumkan bahawa Nayla sudah dipindahkan.

Dia juga berkata bekas isterinya sengaja menimbulkan fitnah dia tidak hadir ke mahkamah kerana mahu kes di antara mereka berlanjutan.

image is not available

image is not available 2 days ago

Tular Lelaki Beri Nafkah 3 Sen Pada Anak, Bekas Isteri Cerita Kisah Sebab Di Sebaliknya - “Awak Ni Complain Macam...”