Nora Danish Jual Semua Kasut Tumit Tinggi Lepas Baca Tentang Azab Neraka al-Hutamah

Entertainment
8 May 2025 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Membeli barangan kesukaan lalu disimpan sebagai koleksi sendiri dalam rumah mungkin dianggap sebagai amalan biasa masyarakat masa kini.

Namun sebenarnya, tindakan ini mendatangkan keburukan dan hal itu membuatkan pelakon Nora Danish bertindak untuk menjual kesemua koleksi kasut tinggi berjenama yang jarang dipakainya.

Nora meluahkan hasil jualan barangan tidak terpakai itu akan digunakan ke jalan yang lebih bermanfaat termasuk bersedekah.

“Saya refleks balik diri saya, apa yang tak pakai dekat rumah dan simpan. Saya lepaskan.

“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah.

“Mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Semoga bermanfaat,” katanya.

image is not available

Menurut Nora, keputusan itu dibuat selepas terdetik untuk membaca catatan yang dibuat sewaktu menghadiri kelas agama sebelum ini.

Nora juga berkongsi mengenai pengisian surah al-Humazah yang menceritakan tentang golongan melebihkan harta akan turut dimasukkan ke neraka.

“Pagi tadi (semalam) saya ulang kaji apa yang belajar dekat kelas, terbuka surah al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah.

“Neraka ketiga kebawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan al-Hutamah.

“Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih dari Allah,” ujarnya.

Tahun lalu, Nora mendedahkan rutinnya menghadiri majlis ilmu menguatkan keinginannya untuk bertudung dan berpenampilan lebih sopan.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.