Nora Danish perli kontraktor? -“Finishing yang tak berapa nak finish”

21 Apr 2024 • 8:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Kapsyen yang dibuat seakan-akan Nora Danish perli kontraktor apabila berkongsi video keadaan rumahnya yang tidak begitu sempurna walaupun dikatakan sudah selesai diubah suai.

Macam ala kadar je

Menerusi perkongsian Insta Story pelakon cantik tersebut, dia telah menunjukkan bahagian dinding dan suiz di rumahnya yang kelihatan tidak disiapkan dengan baik seperti ala kadar sahaja.

“Finishing yang tak berapa nak finish sangat,” tulis Nora.

image is not available

Nora Danish perli kontraktor? Pokok pun macam kena gigit

Dalam pada itu, dia turut berkongsi keadaan pokok hiasan yang ditanam di kawasan rumahnya dimana mengalami kerosakan seperti digigit sesuatu.

“Kena gigit dengan musang ke?” tulisnya seakan sarkastik.

image is not available

Nora Danish perli kontraktor? Mungkin juga tidak

Walau bagaimanapun, perkongsian Nora itu tidak dapat dipastikan sama ada ditujukan kepada kontraktor yang mengubah suai rumahnya sebelum ini ataupun bukan.

Namun, melihat dari hantaran yang mempersoalkan tentang keadaan rumah, dapat diagak bahawa Nora bercakap perihal kontraktor yang dibayar untuk mengubah suai rumahnya.

image is not available

Terdahulu, Nora Danish telah memuat naik beberapa hantaran seakan memberi amaran kepada kotraktor rumahnya yang dilihat cuba menipu apabila waktu pengubahsuaian rumah mengambil masa begitu lama.

Ujarnya, jika pihak tersebut tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja dalam tempoh waktu diberi, dia akan mengambil tindakan undang-undang berikutan kelewatan yang seakan disengajakan.

image is not available

Susulan daripada itu, dia dan keluarga terpaksa hidup berpindah randah selama tujuh bulan termasuklah berhari raya di rumah ibunya kerana rumah sendiri tidak selesai diubah suai lagi.

Sumber: Instagram Nora Danish