Risteena Munim kongsi semula posting IG ibu Aliff Aziz tentang aib

3 Apr 2024 • 4:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon wanita, Risteena Munim kongsi semula posting IG ibu Aliff Aziz berkenaan tentang aib yang pernah dikongsi sebelum ini.

Tulis kapsyen ringkas

Dalam muat naik di Insta Story, Risteena hanya menulis kata ‘amin’ dan emoji menadah tangan seakan bersetuju dengan kapsyen yang disertakan ibu aktor tersebut, Fiza Aziz.

image is not available

“Aku malu saat dianggap baik padahal aku pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku,” tulis qoutes di posting Fiza Aziz.

Risteena Munim kongsi semula posting IG ibu Aliff

Dalam hantaran tersebut, Fiza Aziz memaklumkan yang tidak perlu sebarang kapsyen untuk menyatakan perihal tersebut kerana Allah S.W.T mengetahui segala yang manusia dan kita sahaja tahu.

image is not available

Risteena Munim kongsi semula posting IG, sebelum ini pertahankan adik

Terdahulu, Risteena merupakan kakak kepada pelakon cantik, Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz sebelum Ramadan tempoh hari.

Dia juga sebelum ini memuat naik beberapa bukti menjelaskan bahawa kehadiran Aliff ke kondominium tersebut adalah salah faham kerana sepatutnya dia juga berada di sana untuk makan malam bersama-sama.

image is not available

Walau bagaimanapun, belum sempat dia tiba ke lokasi tersebut, Aliff dan Ruhainies telah diserbu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sumber: Instagram nur_risteena