Nora Danish syukur hadir ke majlis agama UAI – “Akhirnya, dapat jumpa depan2”

LocalEntertainment
26 Dec 2024 • 4:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktres jelita, Nora Danish meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mengikuti majlis agama yang disampaikan oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus., baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif di laman Instagramnya, dia menghadiri majlis ilmu tersebut selepas mendapat jemputan daripada pelakon, pengarah dan penulis, Erma Fatima.

Nora Danish syukur

Instagram will load in the frontend.

Dalam perkongsian tersebut, majlis yang penuh barakah itu turut dihadiri rakan selebriti lain seperti Ruhainies, Liza Abdullah, Fauziah Sarman dan tetamu-tetamu yang lain.

“Alhamdullilah, selalu lihat di media sosial akhirnya dapat berjumpa depan-depan dengan Ustaz Azhar Idrus.

“Syukur Ya Allah, terima kasih pada my sister @ermafatima di atas jemputan ini. Love u mu,” katanya.

Nora Danish syukur

image is not available
image is not available

Terdahulu, aktres yang berusia 40 tahun itu mendedahkan kerap mengikuti majlis agama sejak Mei tahun lalu antara faktor penghijrahannya untuk tampil berhijab.

Sekadar info, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 16 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.

Sumber: Instagram @Nora Danish