
Kota Kinabalu: Sebanyak 16 keluarga menerima bantuan sumbangan daripada tiga agensi agama Islam bagi meringankan sedikit beban mereka selepas kehilangan rumah akibat kebakaran, baru-baru ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, antara agensi itu termasuk Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).
Advertisement“Seramai 16 keluarga terdiri daripada 61 orang telah terjejas akibat kebakaran dan kita cuba sedikit sebanyak membantu mereka sebagaimana yang kita lakukan di banyak tempat sebelum ini.
“Sumbangan daripada ketiga-tiga agensi ini bukan hanya mangsa kebakaran saja tetapi juga mangsa banjir dan diharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka,” katanya.


