Nora Danish tinggalkan tanda suka pada hantaran duda anak dua

EntertainmentLifestyle
2 Sep 2025 • 10:04 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik Nora Danish menjadi perhatian ramai setelah meninggalkan tanda suka pada hantaran individu yang didakwa merupakan kekasih hatinya yang baharu.

Tinggalkan tanda suka

image is not available

Pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif sebelum ini menimbulkan spekulasi setelah berkongsi sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berkopiah di laman instagram miliknya.

Sehubungan itu, netizen mula membuat pencarian dan mengenal pasti lelaki tersebut adalah seorang perunding kewangan yang mesra dikenali sebagai Mickey Ayo.

image is not available

Lebih menguatkan lagi dakwaan netizen apabila, Nora meninggalkan tanda suka pada beberapa hantaran yang dimuat naik oleh Mickey Ayo mengukuhkan lagi desas desus bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet merestui hubungan selebriti itu dan mendoakan agar ia berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Malah ada juga wargamaya menitipkan pesanan buat Mickey supaya menjaga Nora sepenuh hati dan mampu menjadi imam yang baik buat aktres jelita tersebut.

Tolong jaga Nora

image is not available

Moga jadi imam yang baik

image is not available

Berkasih sayang sampai syurga

image is not available

Untuk rekod, Nora pernah melangsungkan perkahwinan bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 19 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bersama iaitu Mohamed Neqayl, 7.

Sebelum itu dia juga pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008.
Mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 17 tahun.

Sumber: Instagram mickeyayo1