Noraniza Idris Angkat Pesona Batik Terengganu, Kolaborasi EMYALY Tampilkan Sentuhan Tradisional Moden

31 Oct 2026 • 6:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Noraniza Idris Angkat Pesona Batik Terengganu, Kolaborasi EMYALY Tampilkan Sentuhan Tradisional Moden

Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris terus mengangkat keindahan warisan Melayu, kali ini menerusi kolaborasi fesyen bersama jenama tempatan, EMYALY yang mengetengahkan pesona batik Terengganu dalam sentuhan kontemporari.Menerusi koleksi EMYALY x Noraniza Idris, gabungan elemen tradisional dan moden diterjemahkan dalam empat rekaan eksklusif yang mengangkat tema Warisan, Seni dan Kemewahan.Kolaborasi berkenaan memperkenalkan busana wanita dan lelaki yang bukan sahaja menonjolkan keindahan motif batik, malah memberikan nafas baharu kepada pakaian berinspirasikan warisan Melayu.Antara rekaan yang diperkenalkan ialah Salam Kaut, busana klasik dengan sentuhan batik asli serta perincian poket hadapan, yang ditawarkan pada harga RM489.Turut melengkapkan koleksi ialah Batik Lelaki, pakaian berpotongan moden dengan konsep klasik, longgar dan baggy pada harga RM280 hingga RM320 mengikut saiz.Bagi penggemar gaya santai tetapi elegan, Dikir Puteri pula tampil dengan padanan baju dan seluar palazzo pada harga RM480, manakala Hati Kama merupakan kardigan batik versatil yang ditawarkan pada harga RM299.Menariknya, EMYALY memberi penekanan terhadap penggunaan batik asli buatan tangan, khususnya batik Terengganu yang terkenal dengan kehalusan seni, kekayaan motif serta mutu pengerjaannya.Menurut kenyataan jenama berkenaan, setiap helaian batik membawa nilai seni dan warisan yang tersendiri, sekali gus menjadikannya lebih daripada sekadar pakaian.“Bagi Emyaly, batik bukan sekadar corak. Batik ialah craftsmanship. Batik ialah warisan. Batik ialah jiwa," katanya.EMYALY turut menegaskan komitmennya untuk terus memartabatkan seni batik tempatan menerusi rekaan yang lebih segar, eksklusif dan relevan dengan gaya hidup masa kini.“Emyaly tidak mengejar trend. Kami mengangkat warisan.“Kami tidak sekadar mereka busana untuk musim ini, tetapi mencipta karya yang diharapkan terus dihargai jauh melampaui sebuah musim dan generasi,” tambahnya.Berteraskan falsafah Where Heritage Becomes Couture, EMYALY mahu mempersembahkan keindahan batik dalam bentuk yang lebih moden tanpa menghilangkan identiti dan keaslian warisannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved