Noraniza Idris turun 7kg selepas bariatrik – “Nak kembali sihat, kurus itu bonus”

Health & FitnessLifestyle
10 Jun 2026 • 11:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi veteran Noraniza Idris meluahkan rasa syukur selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7.4 kilogram dalam tempoh 22 hari selepas menjalani pembedahan bariatrik.

Kurus itu bonus

Image from: Noraniza Idris turun 7kg selepas bariatrik – “Nak kembali sihat, kurus itu bonus”

Menerusi perkongsian di TikTok, Noraniza turut berkongsi keterujaannya apabila berjaya memakai semula pakaian lama yang pernah digunanya sekitar enam tahun lalu.

@officialnoranizaidris

22 Hari Selepas Bariatric Alhamdulillah, hari ni genap 22 hari. Berat saya turun daripada 87.7kg kepada 80.3kg, iaitu 7.4kg dalam masa 22 hari. Tapi bagi saya, yang paling menggembirakan bukan angka pada penimbang. Hari ni saya dah boleh pakai semula baju-baju saya tahun 2020 yang dah lama tak muat. Bariatric bukan tentang nak kurus semata-mata. Ia adalah permulaan untuk hidup lebih sihat. Kena ada disiplin, kena sabar dan kena ikut pemakanan yang betul. Alhamdulillah, badan makin selesa, pergerakan makin ringan dan saya rasa lebih yakin untuk meneruskan perjalanan ini. Terima kasih Dr G, dietitian dan semua yang sentiasa mendoakan saya. Kurus itu bonus. Sihat itu matlamat. 22 Hari | -7.4kg 87.7kg ➜ 80.3kg #BariatricJourney #Day22 #NoranizaIdris #SihatItuNikmat #Qurus

♬ original sound - Noraniza Idris MY - Noraniza Idris MY
“Alhamdulillah, hari ini genap 22 hari. Berat saya turun daripada 87.7 kg kepada 80.3 kg, iaitu 7.4kg dalam masa 22 hari.
“Tapi bagi saya, yang paling menggembirakan bukan angka pada penimbang. Hari ni saya dah boleh pakai semula baju-baju saya tahun 2020 yang dah lama tak muat,” katanya, baru-baru ini.

Pelantun lagu Hati Kama itu menegaskan bahawa tujuan dirinya melakukan bariatrik bukan sekadar untuk tujuan penurunan berat badan semata-mata, sebaliknya merupakan langkah awal ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Image from: Noraniza Idris turun 7kg selepas bariatrik – “Nak kembali sihat, kurus itu bonus”

Screenshot

“Bariatrik bukan tentang nak kurus semata-mata. Ia adalah permulaan untuk hidup lebih sihat. Kena ada disiplin, kena sabar dan kena ikut pemakanan yang betul.
“Alhamdulillah, badan makin selesa, pergerakan makin ringan dan saya rasa lebih yakin untuk meneruskan perjalanan ini,” ujarnya.

Artikel lain: Dikritik nyanyian sengau, Noraniza Idris ‘isytihar perang’ dengan Michael Ang?

Dalam perkongsian sama, dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai perubatan dan keluarga yang sentiasa menyokong dan memantau tahap kesihatannya sepanjang melakukan prosedur pembedahan itu.

“Terima kasih Dr G, dietitian dan semua yang sentiasa mendoakan saya. Kurus itu bonus. Sihat itu matlamat,” tambahnya lagi.

Sumber: TikTok officialnoranizaidris

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved