
KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial dan pelakon, Noreen atau Noreen Iman Abdullah tampil menafikan dakwaan kononnya rumah tangga bersama suaminya, Razzi Razak sedang bergolak.
Penafian itu dibuat menerusi hantaran di Instagram hari ini, sekali gus menjawab persoalan yang berlegar dalam kalangan netizen sejak kebelakangan ini.
“No more question. We will show you what we want to show you. We live our lives like we want to. We are good. Just pray for my happiness because that’s what I do to make you happy with my videos. I will always be the ‘Mommy’, he will always be the ‘Babah’ to our kids. Love y’all,” tulisnya.
Sebelum ini, sebuah portal media hiburan melaporkan mengenai ciapan seorang pempengaruh yang memberi ‘hint’ berstatus ibu tunggal dengan mesej, “Single Mom Di Luar Sana Jom Kawan”.
Komen Noreen yang meninggalkan emoji hati berwarna putih pada hantaran tersebut turut mencetuskan spekulasi mengenai status rumah tangganya.
Namun begitu, penjelasan terbaharunya itu menutup ruang spekulasi apabila beliau menegaskan hubungan bersama suami masih baik, selain meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan keluarganya.



