“Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]

Women's FashionLifestyle
18 Jun 2026 • 12:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada zaman ini, ramai yang bijak menggunakan kecanggihan teknologi untuk menjalankan aktiviti jual beli dan mempromosi bisnes. Namun begitu, segelintir individu telah terjebak dengan dunia konten dan jualan hingga terlupa tentang batas serta maruah diri sendiri.

Sebagai contoh ada juga jurujual wanita yang sanggup melakukan konten tidak senonoh yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum terutamanya buat wanita Muslimah semata-mata untuk mendapatkan engagement tinggi.

Wanita Pakai Bra Luar Baju Untuk Bagi Review

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Wan berkongsi klip video menunjukkan seorang jurujual wanita sedang mempromosi bra yang dikatakan berkualiti tinggi dan harga berpatutan.

Baca Artikel Berkaitan: Nampak Sama Tapi Lain Fungsinya! Jom Kenali Jenis Bra Sesuai Dengan Aktiviti Harian

Dalam video tersebut, wanita yang berloghat Kelantan itu dilihat sedang mengulas beberapa produk push-up bra dan berkongsi kebaikan-kebaikan baju dalam jenis lace berkenaan.

Lelaki Persoal Wanita Pakai Tayang Bra Luar Baju Untuk Promosi Jualan

Namun apa yang mendapat perhatian apabila wanita itu memakai bra di luar bajunya. Tindakan itu dilihat tidak sesuai dengan imej seorang wanita Muslimah bertudung.

Malah Wan juga mempersoalkan jenis konten yang dilakukan masyarakat kini.

Soalnya, “Nak tanya, memang orang perempuan zaman sekarang jenis tak kisah ke buat content macam ni? Jangan marah tanya je. Memang normal ke zaman sekarang buat content macam ni?”

View on Threads

Mana Sifat Malu? – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut mengkritik wanita itu dengan berkata aksi menayang bra tersebut adalah memalukan.

“Malu la kalau kita yang bertudung menjual sampai tunjuk macam ni sekali,” kata seorang wanita.

“Manalah rasa malu? Kita ni cari duit untuk apa sebenarnya? Kita cari rezeki ni untuk mendapat reda Allah. Banyak lagi cara lain yang lebih dihormati,” tambah seorang individu.

Ramai Sifatkan Buat Konten Tayang Bra Adalah Tidak Normal

Menjawab kepada soalan Wan, ada netizen yang berkata bahawa konten berkenaan adalah tidak normal.

“Dia je tak normal bang, lapar perhatian. Kamu yang perempuan dan wanita dekat luar sana ni masih normal walaupun tak buat konten,” kata seorang pengguna Threads.

Netizen Dakwa Ramai Individu Buat Konten Sebegitu Untuk Promosi Affiliate

Sementara itu, ada juga individu yang mendakwa konten sebegitu banyak dilakukan oleh geng affiliate bagi mempromosi produk di media sosial.

“Berlambak dekat TikTok ni, diorang duk buat affiliate macam ni. Tak tahu malu,” kata seorang warganet.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]
Image from: “Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]
Image from: “Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]
Image from: “Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]
Image from: “Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]
Image from: “Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]
Image from: “Normal Ke Konten Macam Ni?” – Wanita Muslimah Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk Undang Kritikan [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Gadis Berpakaian Seksi & ‘Catwalk’ di Kota Bharu,Kelantan Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Threads Jadi Lubuk Geng Affiliate Sebar Aib & Promote Link Demi Kaut Untung

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved