Normalisasikan budaya "deep talk"

21 Oct 2024 • 7:00 AM MYT
Syue.Rmz
Syue.Rmz

Pelajar penyelidikan psikologi & penolong pensyarah yang gemar menulis.

image is not available
Credit : Canva. Diskripsi : Poster dua wanita berkomunikasi

Secara ringkas “deep talk” adalah perbincangan yang mendalam tentang pelbagai perkara atau topik yang dilakukan oleh dua orang. Dalam situasi ini , topik yang dimaksudkan bukanlah sekadar perbincangan kosong seperti bertanya khabar , hobi atau rutin harian tetapi topik yang dibincangkan adalah menjurus kepada sesuatu yang lebih serius untuk dibincangkan. Misalnya, topik berhubung isu sosial, ideologi dan kehidupan. Kadang kala tanpa disedari “deep talk” pada kebiasaannya bermula dengan pertanyaan-pertanyaan yang “cliche” tetapi kematangan dalam mengutarakan pandangan dan perasaan dalam menjawab sesuatu soalan yang menjadikan perbincangan tersebut berkembang lebih serius dan mendalam. Terdapat beberapa manfaat yang diperolehi apabila melakukan “deep talk” seperti menjadikan emosi lebih tenang, memperluas sudut pandangan dan membantu mengenali seseorang lebih mendalam. Oleh yang demikian, masyarakat kini disarankan menjadikan “deep talk” sebagai satu budaya berbanding berbual kosong apabila bertemu seseorang terutama keluarga dan rakan terdekat atas dasar manfaat-manfaat yang diperolehi melalui “deep talk” ini.

Cara Memulakan "Deep talk" :

Walaupun hanya sekadar berkomunikasi, deep talk sebenarnya agak sukar untuk dilakukan oleh sesetengah individu. Hal ini demikian kerana, wujudnya limitasi dalam personaliti dan tingkah laku sepeerti perasaan malu, tidak yakin pada diri dan takut dihakimi dalam mengeluarkan pandangan. Namun yang demikian, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memulakan “deep talk” bagi mereka yang mempunyai kekurangan dalam kemahiran komunikasi ataupun limitasi personaliti tersebut. Berikut merupak beberapa tips yang boleh dipertimbangkan bagi mereka yang ingin memulakan deep talk dengan seseorang :

  1. Berkomunikasi dengan individu yang sefrekuensi.

  • Individu yang sefrekuensi pada kebiasaannya terdiri daripada rakan rapat ataupun keluarga anda. Memandangkan mereka lebih mengenali anda , sudah tentu perasaan malu dan tidak yakin untuk mengeluarkan pendapat dapat diatasi. Oleh itu, cubalah luangkan masa dengan mereka untuk berbincang mengenai sesuatu topik yang anda “ingin fahami” bersama-sama dengan mereka. Disebabkan anda sudah “klik” dengan mereka, perbualan pasti mengalir dengan sendiri apabila anda mulai membuka satu topik perbincangan.

2. Mulakan “deep talk” dengan topik yang mudah anda fahami dan kuasai.

  • Pemilihan topik yang dibincangkan kadangkala menjadi penentu suatu komunikasi akan berkembang ke arah perbincangan yang lebih mendalam. Topik yang mudah anda fahami dan kuasai akan menjadikan anda lebih yakin dalam berkongsi pandangan dan membantu membuka perbualan menjurus kepada topik-topik lain yang berkaitan.

3. Pilihlah tempat, situasi dan waktu yang tepat.

  • Tidak dapat dinafikan, ketiga-ketiga elemen ini adalah penting dalam menjadikan perbincangan lebih mendalam. Dari sudut tempat, carilah tempat kondusif yang boleh membuatkan suasana hati menjadi lebih baik seperti kafe, taman mahupun ruang peribadi. Bagi situasi, nilai situasi terlebih dahulu sebelum mulakan perbualan dengan cara bertanya khabar dan perkembangan lawan bicara. Sekiranya pertanyaan disambut dengan nada yang baik maka itu adalah pertanda situasi berada dalam keadaan baik. Bagi waktu, pilihlah waktu dimana kedua-duanya berada dalam keadaan lapang dan tenang.

Tiga tips diatas adalah antara perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan deep talk bagi yang belum mahir. Oleh itu, bagi yang ingin memulakan mahupun mempelajari salah satu seni dalam komunikasi ini, cubalah dengan ketiga-tiga tips yang telah dikongsikan agar deep talk dapat dibudayakan dalam masyarakat kita.


Syue.Rmz adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.