Norreen Iman didakwa makin seksi selepas kurus? – “Baik berisi je, ada rasa malu”

EntertainmentWomen's Fashion
7 Jun 2023 • 8:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman didakwa semakin seksi apabila memuat naik beberapa foto antaranya menampakkan bahagian perutnya di laman Instagram.

Menerusi sebuah posting, pelakon berusia 29 tahun itu menyambut ulang tahun perkahwinan yang kesembilan bersama suami tercinta Razzi Razak di sebuah restoran mewah.

Sempena makan malam istimewa itu, Norreen dilihat mengenakan crop top berwarna hijau yang hanya menutupi bahagian dada serta skirt jeans berwarna biru sambil memegang sejambak bunga.

“Happy 9th Anniversary baba @razzirazak. I love you sooooo much. Thank you for taking care of me, understand me and always be there for me. Bini gila tapi suami cool liddat tibahh. Sayang you sangat Razzi,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menegur penampilan pelakon drama Cina Buta itu yang dianggap berani kerana mendedahkan bahagian tertentu.

Nak tunjuk kurus punya pasal?

image is not available

Tak payah pakai macam ni untuk bukti kurus

image is not available

image is not available

Ingat balik masa susah dulu, siapa beri rezeki?

image is not available

Baik berisi je, ada perasaan malu

image is not available

Walau bagaimanapun, rakan artis dan pengikut rata-rata memberikan ucapan ‘happy anniversary’ dan pujian terhadap bentuk badannya yang dikatakan semakin kurus.

Selamat ulang tahun perkahwinan!

image is not available

Makin kurus… lawa!

image is not available

Sumber: Instagram Norreen Iman