Norreen Iman pasang impian berlakon bersama, Beto Kusyairy terus ‘on’ mahu digandingkan

EntertainmentLifestyle
2 Apr 2026 • 10:54 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Hasrat pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman untuk bergandingan bersama aktor terkenal, Beto Kusyairy mendapat respon positif apabila pelakon itu sendiri menyatakan persetujuan secara terbuka.

Menerusi hantaran di Threads, Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman menyeru mana-mana produser, penulis dan pengarah agar menggandingkan mereka dalam projek akan datang.

“Kepada produser, penulis dan pengarah, sila gandingkan kami,” katanya ringkas.

Lebih mencuri perhatian, Beto turut mencadangkan idea jalan cerita unik sekiranya mereka digandingkan, iaitu kisah dua pelakon yang ‘tertukar’ jasad ketika di set penggambaran.

Menurutnya, jalan cerita tersebut boleh diselitkan dengan babak menarik termasuk adegan melempang serta tarian cha cha yang pastinya mencuit hati penonton.

Terdahulu, Norreen yang memulakan kerjaya sebagai pempengaruh media sosial menyuarakan hasrat untuk berlakon bersama Beto menerusi platform sama.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya teruja dan berharap gandingan tersebut dapat direalisasikan dalam mana-mana projek akan datang. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved