Norway Enggan Bertemu Israel Untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026

Entertainment
21 Dec 2024 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasukan bola sepak kebangsaan Norway enggan bertemu Israel dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 untuk benua Eropah. Kengganan Norway itu kerana kekal dengan prinsip atas kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza.

image is not available

Memetik laporan PressTV, Presiden Persatuan Bola Sepak Norway, Lise Klaveness mengumumkan keputusan itu dalam satu kenyataan selepas cabutan undi Kelayakan Piala Dunia 2026 peringkat awal menetapkan Norway bakal menentang Israel dalam kumpulan yang sama.

Klaveness menjelaskan bahawa pasukan bola sepak bersama kerajaan Norway dalam gesaannya untuk menghentikan serta-merta serangan terhadap orang awam yang tidak bersalah di Gaza.

Beliau berkata persatuan bola sepak itu terlibat secara aktif di pentas antarabangsa dalam gesaan supaya sekatan terhadap rejim Israel dibuat.

image is not available

Perlawanan antara Israel dan Norway dijadualkan pada 25 Mac dan 11 Oktober 2026.

Untuk rekod, Norway secara rasmi mengiktiraf kenegaraan Palestin dan mengatakan bahawa hanya penyelesaian dua negara akan menyelesaikan konflik di Timur Tengah.

Norway juga berulang kali mengutuk “peperangan kejam” Israel di Gaza, yang dikatakan melanggar peraturan perang. Hubungan antara negara Eropah dan Tel Aviv sejak itu terus merosot. Oslo juga telah berulang kali menggesa gencatan senjata segera terhadap perang Israel di Gaza.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.