Norway Hadkan Penggunaan AI Oleh Pelajar Sekolah

WorldTechnology
22 Jun 2026 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahap penerimaan penggunaan kecerdasan buatan (AI) adalah berbeza di antara negara di dunia. China sudah mengintegrasikan AI di sekolah rendah dengan guru dilatih menggunakannya sebagai alat bantuan pengejaran serta mengelakkan penipuan. Di Eropah pula, AI dilihat sebagai pemusnah kemampuan berfikir dengan syarikat pengendali diarahkan meletakkan halangan had umur.

Image from: Norway Hadkan Penggunaan AI Oleh Pelajar Sekolah

Norway, negara yang sering dilihat progresif dalam penggunaan teknologi untuk pendidikan telah meletakkan had penggunaan AI oleh pelajar sekolah. Pelajar berusia 6-13 tahun dihalang sepenuhnya daripada menggunakannya. Pelajar berusia 13-16 tahun pula dibenarkan menggunakannya di bawah pengawasan guru kelas. Akhir sekali pelajar berumur 17-19 tahun disarankan menggunakan AI sekiranya perlu sahaja supaya mereka bersedia untuk pelajar masa hadapan serta bekerja.

Langkah yang diambil Norway adalah pragmatik dan sederhana. Sebelum ini Norway telah mengharamkan penggunaan telefon pintar oleh pelajar sekolah bagi mengurangkan masa melihat skrin sedangkan ia negara terawal memperkenalkan penggunaan tablet dalam kelas lebih sedekad lalu.

Kajian terkini mendapati penggunaan AI tanpa kawalan mendatangkan impak ke atas kreativiti, berfikir secara kritis dan mengingati fakta yang perlu dipelajari. Aktiviti otak pengguna AI juga didapati merosot sekaligus memberikan petanda “pembodohan” berlaku sekiranya ia digunakan sepanjang masa.

Sumber – Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved