Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dikhabarkan akan melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat.
Menerusi satu laporan, keputusan itu dibuat berikutan susulan isu kontroversi kehadiran ahli keluarganya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
“Melihat pelbagai reaksi ketika ini, perasaan saya menyatakan perlu meletakkan jawatan daripada BAM.
“Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita,” katanya.
Terdahulu, Mohamad Norza pada Mei lalu meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin BAM selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.
Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.
“Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini.
“Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara.
“Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
The post Norza lepas jawatan dalam masa terdekat? appeared first on The Reporter.


