Nothing buka kedai di Plaza Low Yat, khidmat lepas jualan turut disediakan

Digital
30 Oct 2023 • 6:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika anda merupakan peminat jenama Nothing, ada berita baik buat anda! Ini kerana secara rasmi, Nothing telah membuka kedai fizikalnya di Plaza Low Yat, Bukit Bintang. 

Kedai yang diberi nama Nothing Image Store ini merupakan kerjasama Nothing Malaysia dengan pengedar eksklusif mereka, Zitron. Ia adalah kedai pertama Nothing di Malaysia.

Terletak di Tingkat 1, Plaza Low Yat, kedai ini mempamerkan rangkaian penuh pelbagai produk terkini keluaran Nothing. Jadi bolehlah anda melawat dan mencuba sendiri produk Nothing seperti Nothing Phone 2 dan fon putik Ear (2).

image is not available

Kedai ini juga berfungsi sebagai pusat perkhidmatan selepas jualan. Jadi sekiranya ada barangan Nothing yang mengalami masalah, bolehlah anda menghantarnya ke sana.

Bagi anda mungkin pernah mendengar mengenai Nothing ini, ia merupakan jenama yang berpangkalan di London. Produk pertama yang dilancarkan jenama ini adalah fon putik telinga, Ear (1) pada 2021.

Bacaan berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved