Fon Kepala Sony INZONE H5 Disenaraikan Pada Harga RM679 Di Malaysia

TechnologyDigital
16 Oct 2023 • 3:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Anda yang sedang mencari sepasang fon kepala baharu untuk dibeli, di sini Sony sudah mula menyenaraikan harga untuk INZONE H5 di Malaysia. Dijual pada RM679, ia disediakan dalam dua pilihan warna seperti hitam dan putih. Ketersediaan adalah bermula sekarang menerusi pengedar sah rasmi Sony Malaysia.

Sony INZONE H5 merupakan pengganti kepada INZONE H7 sebelum ini dengan rekabentuk yang sebahagian besarnya masih sama. Cumanya ia lebih ringan dengan berat sekitar 260 gram, yang juga ditambah bicu audio 3.5m sebagai pilihan. Turut disertakan ialah mikrofon dengan AI Noise Reduction tebina, di samping ciri 360 spatial Sound for Gaming untuk pengalaman audio maya daripada kesemua arah.

image is not available

Bateri disertakan pula boleh berfungsi sehingga 28 jam berterusan. Penggunaan juga lebih baik dengan perisian INZONE hub PC yang membolehkan audio diperibadikan ikut sesuai pengguna. Kesemua ciri ini dimuatkan ke dalam sebuah fon telinga dengan pemandu audio bersaiz 40mm yang juga sesuai digunakan bersama PC dan Playstation 5.