Nothing Ear (Open) dengan pemacu audio titanium kini di Malaysia, ini harganya

TechnologyDigital
25 Sep 2024 • 6:24 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nothing Ear (Open) adalah fon putik terbaharu daripada Nothing. Ia adalah fon putik jenis open ear pertama Nothing dan dikatakan bersaing dengan model seperti Sony LinkBuds dan Bose Ultra Open Earbuds. Rekaan Ear (Open) membolehkan ia melingkari bahagian telinga si pemakai untuk berikan keselesaan pemakaian yang tinggi walau dipakai dalam tempoh yang panjang. Badannya yang ada kemasan lutsinar memang menjadi ikon kepada produk-produk nothing.

image is not available

Nothing Ear (Open) ada pemacu bersadur titanium

Pada setiap unit fon putik Nothing Ear (Open) terdapat satu pemacu audio bersaiz 14.2mm, lebih besar berbanding yang ada di Nothing Ear. Diafragma pemacu audio Nothing Ear (Open) direka khas dan katanya bersadur titanium untuk memantapkan prestasi audio pada segi mengurangkan kecacatan pada penghasilan bunyi dan dalam amsa yang sama menambah baik bass.

image is not available

DisebabkanNothing Ear (Open) adalah jenis open ear, Nothing tidak menyertakan ciri penyaring hingar aktif padanya. Jadi pemakai masih boleh cakna dengan persekitaran mereka melalui bunyi-bunyi keliling. Namun, bagi mengurangkan kebocoran audio daripada fon putik ke luar, Nothing Ear (Open) telah bangunkan teknologi Sound Seal System.

image is not available

Nothing Ear (Open) ada integrasi dengan ChatGPT

Nothing Ear (Open) bersambung dengan telefon melalui Bluetooth 5.3. Malangnya, tiada kodek audio resolusi tinggi disokongnya sebaliknya hanya sekadar AAC dan SBC biasa. Namun, profil bunyi boleh diubah menggunakan equalizer di aplikasi Nothing X. Lebih menarik, ia juga ada integrasi dengan ChatGPT untuk anda berikan prompt suara terus melalui fon putik.

image is not available

Kawalan sentuhan boleh dilakukan di badan Nothing Ear (Open) untuk arahan-arahan seperti play, ubah kekuatan audio, jawab dan tolak panggilan.

Nothing Ear (Open) ada hayat bateri 8 jam

Noothing Ear (Open) mempunyai hayat guna sehingga 8 jam dengan satu bateri penuh. Bekas penyimpanannya dimaklumkan boleh berikan sejumlah 30 jam waktu guna. Bekas penyimpannya dicas melalui port USB-C dan tidak menyokong sebarang pengecasan wayarles. Mengecas fon putik ini selama 10 minit katanya memberikan waktu guna sehingga 2 jam lamanya.

image is not available

Harga Nothing Ear (Open) di Malaysia

Nothing Ear (open) dijual pada jarga RM659. Jualan terhad di Crossover pada 24 September 2024 diikuti dengan di kedai Nothing Shopee (1 Oktober 2024) dan Nothing Lazada (5 Oktober 2024). Jualan di semua saluran rasmi pada 14 Oktober 2024.

Anda boleh layari laman rasmi Nothing Ear (Open) untuk maklumat lanjut.