Nothing Headphone (1) ialah antara produk paling menarik 2025 kerana ia sepasang fon kepala dengan ANC serta rekaan lutsinar yang amat sinonim dengan produk Nothing. Minggu lalu Carl Pei mengatakan tahun ini Nothing tidak akan melancarkan telefon kelas mercu kerana cabaran pasaran mendapatkan memori dan storan sehingga produk menjadi terlalu mahal. Tumpuan akan diberikan kepada Nothing Phone 4 (a) yang lebih mampu milik.

Kini muncul pula laporkan selain fon mampu milik, fon kepala Nothing Headphone (a) juga akan dilancarkan seawal bulan Mac. Ia adalah versi lebih mampu milik Headphone (1). Tiada imej tertiris tetapi diharapkan rekaannya akan mengekalkan elemen lutsinar dan bukan sekadar CMF Headphone Pro yang dijenamakan semula.
Tahun lalu Nothing Phone (3a) Lite dilancarkan dan ia sekadar CMF Phone 2 Pro yang dikemaskini sedikit sehingga menimbulkan kemarahan peminat tegar.
