Sony WF-1000XM6 Tertiris Dengan Rekaan Serba Baharu

TechnologyDigital
3 Feb 2026 • 3:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan fon telinga mercu Sony WF-1000XM6 akhirnya tertiris menerusi laman edagang Powerbuy di Thailand dengan ia membawakan kejutan kerana rekaan serba baharu. Rekaan fon telinga ini sejak sekian lama menggabungkan plastik berkilat dan pusam serta bahagian putik yang dibulatkan sementara pod pengecas kelihatan seperti batu sungai.

image is not available

Tetapi rekaan WF-1000XM6 yang tertiris menunjukkan bahagian putik yang berbentuk lebih bujur selari dengan rekaan Sony LinkBuds Clip yang dilancarkan dua minggu lalu. Ia masih mempunyai hujung silikon dan terdapat juga dua set lubang udara di setiap putik telinga. Turut didedahkan fon telinga melepasi piawaian kalis air IPX4.

image is not available

Bahagian pod simpanan merangkap pengecas juga kini berkotak di bahagian bawah dan bawah seperti yang digunakan pada OnePlus Nord Buds cuma lebih tebal. Di Thailand setiap Sony WF-1000XM6 dijual pada harga TB 11,990 (~RM 1500). Kali terakhir siri WF-1000XM dikemaskini ialah 2023 dengan WF-1000XM5 dijual pada harga RM1399.