Nothing Kini Dinilaikan Sekitar $1.3 Bilion – Akan Lancar Peranti AI Pada 2026

TechnologyStartup
16 Sep 2025 • 5:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing, salah satu syarikat telefon pintar yang unik dan mempunyai peminatnya tersendiri, kini telah meraih suntikan dana baharu berjumlah $200 juta, sekaligus menilaikan syarikat peranti berkenaan sekitar $1.3 bilion.

image is not available

Selari dengan meraih suntikan dana baharu ini, Nothing turut berkongsi mengatakan mereka telah menjana lebih $1 bilion jumlah jualan setakat awal tahun 2025 ini. Setakat ini, Nothing mengatakan telah sedia berjaya membangunkan infrastruktur dan juga rantaian bekalan dalam melancarkan produk dengan berjaya.

Tidak setakat itu, Nothing turut telah mengintegrasikan sejumlah ciri kecerdasan buatan pada sistem operasi telefon pintar mereka, dan dijangka menambah lebih banyak perkhidmatan dan ciri AI melaluinya. Nothing juga turut menyasarkan untuk memperkenalkan peranti memfokuskan AI pada tahun hadapan.

Setakat hari ini, Nothing mempunyai kurang 1% pegangan dalam pasaran telefon pintar global.