Nothing Menawarkan Diskaun RM500 Untuk Pengguna Awal Yang Ingin Beli Nothing Phone (3)

LocalTechnology
17 Sep 2025 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing kini hadir dengan promosi khusus kepada pengguna awal jenama berkenaan, khususnya yang menggunakan telefon pintar Nothing Phone (1) dan juga Nothing Phone (2). Melalui promosi yang ditawarkan, pengguna kedua-dua model telefon pintar ini diberikan diskaun sebanyak RM500 sekiranya ingin membeli Nothing Phone (3).

image is not available

Untuk tujuan berkenaan, pengguna hanya perlu ke halaman khusus naik-taraf Nothing Malaysia, dan seterusnya memasukkan nombor IMEI telefon anda dalam menerima diskaun RM500. Anda turut boleh menerima potongan tambahan sekiranya ingin melakukan tukar-ganti untuk model telefon lama kepada Nothing Phone (3).

Nothing mengatakan diskaun ini diberikan dalam usaha menghargai kembali para pembeli dan penyokong terawal jenama berkenaan, yang telah berjaya membentuknya sehingga hari ini.

Nothing Phone (3) berharga RM3299 untuk model 12GB RAM dan 256GB storan, serta berharga RM3799 untuk model 16GB RAM dan 512GB storan. Diskaun RM500 untuk pengguna awal Nothing ini ditawarkan terhad sehingga 3 Oktober 2025 sahaja.