Samsung One UI 7 Hanya Akan Hadir Bersama-Sama Galaxy S25

TechnologyDigital
4 Oct 2024 • 10:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung pada acara SDC 2025 yang diadakan hari ini turut menyentuh mengenai penawaran kemaskini sistem operasi untuk peranti Galaxy, iaitu One UI 7 yang dinantikan ramai. Menurut Samsung, versi beta untuk One UI 7 akan ditawarkan pada penghujung tahun ini, sementara versi baharu hanya akan hadir bersama peranti mercu akan datang mereka.

image is not available

image is not available

Samsung One UI 7 dijangka akan membawakan kemaskini dari segi antaramuka, kemudahan mengubah paparan mengikut citarasa, selain pada masa yang sama turut memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan melaluinya.

Dengan Samsung yang menjanjikan kemaskini sehingga 7 tahun untuk beberapa produk mereka, sama-sama kita nantikan penawaran One UI 7 secara berperingkat untuk pelbagai telefon pintar sedia ada bermula awal tahun 2025 kelak.