Nothing OS 3.0 Kini Boleh Diuji Pada Nothing Phone (2)

TechnologyDigital
6 Nov 2024 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing OS 3.0 adalah sistem operasi generasi ketiga Nothing untuk telefon pintar mereka. Ia dibina berasaskan Android 15, mempunyai ciri perkongsian widget interaktif, talam notifikasi seakan Control Center iOS 18, dan integrasi AI lebih mendalam. Selepas ujian beta diberikan kepada Nothing Phone (2a), ia kini boleh diuji pada Nothing Phone (2).

image is not available

Kemas kini baharu ini adalah langkah awal untuk Nothing OS yang dikuasakan AI sepenuhnya yang bakal diperkenalkan pada Phone (3). Ciri menarik seperti perkongsian widget membenarkan pengguna menghantar reaksi, rekaan jam baharu disertakan, talam aplikasi AI turut diberikan dan secara keseluruhan Nothing OS 3.0 nampak lebih kemas dan semakin mudah serta ringkas untuk digunakan.

Nothing Phone (2) dan Phone (2a) adalah yang terawal menerima kemas kini ini. Versi stabil dijangka tiba pada bulan Disember nanti, sementara pada bulan sama ujian beta akan diteruskan untuk Phone (1), Phone (2a) Plus dan CMF Phone 1.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved