
Nothing kini telah memperlihatkan gambaran awal peranti baharunya, Ear (note), yang menggabungkan fungsi pencatat nota berasaskan AI dengan pengalaman audio. Peranti ini dijadualkan dilancarkan pada 8 Disember 2026.
Apa itu Nothing Ear (note)?
Menurut Nothing, Ear (note) menggabungkan fungsi pencatat nota berasaskan AI dengan ciri audio. Peranti ini direka untuk merakam pelbagai jenis perbualan dan idea pengguna, termasuk perbualan secara bersemuka, panggilan telefon dan mesyuarat dalam talian.
Pengguna juga boleh menggunakannya untuk merakam perkara yang terlintas di fikiran tanpa perlu membawa peranti rakaman tambahan
Have another drink. With Ear (note), you’ll get a brief for important stuff before tomorrow’s 9 am.
— Nothing (@nothing) November 25, 2026
Ear (note)
w/ pre-meeting briefs + next steps
8 December pic.twitter.com/aysng1VcWL
Fungsi AI keupayaan audio dan reka bentuk
- Mampu mentranskripsikan rakaman perbualan kepada teks
- Boleh meringkaskan perbualan menggunakan AI
- Mengenal pasti perkara penting dan tindakan susulan daripada perbualan.
- Dilengkapi dua butang fizikal iaitu Talk untuk fungsi perbualan dan Record untuk rakaman.
- Menyokong Hi-Res Audio
Dari segi reka bentuk, Ear (note) menggunakan badan aluminium dengan kemasan logam. Nothing turut mengekalkan identiti reka bentuk lut sinarnya, dengan bahagian tersebut diinspirasikan daripada bentuk peta topografi.
Kedudukan butang fizikal (Talk/Record) pada peranti ini pula diinspirasikan daripada kawalan pemain muzik Walkman retro.
Bagaimanapun, harga, spesifikasi penuh dan ketersediaan Ear (note) di Malaysia masih belum diketahui.




