Nothing Phone (2) Akan Menerima Sokongan Tiga Versi Android

TechnologyDigital
1 Jun 2023 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing Phone (2) telah pun disahkan akan dilancarkan pada bulan Julai tahun ini. Ia akan menjadi peranti mercu premium pertama Nothing. Phone (2) dilihat akan menggunakan rekaan dengan lampu Glyph kekal di belakang tetapi mungkin akan mempunyai suis notifikasi seakan OnePlus.

Peranti belum dilancarkan tetap semalam Nothing mengesakan Phone (2) akan menerima sokongan tiga versi Android dan empat tahun tampalan sekuriti. Sokongan yang sama seperti Phone (1) tetapi masih tidak sebaik yang mampu ditawarkan oleh Samsung (4 versi Android + 5 tahun sekuriti).

Sebagai syarikat rintis kekurangan ini mungkin masih boleh dimaafkan tetapi jika Nothing serius ingin mengalahkan pengeluar Android yang lain, mereka perlu berusaha lebih keras atau sekurang-kurangnya menawarkan sokongan perisian yang setara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved