Nothing Phone (2) Dan Phone (2a) Mula Menerima Kemas Kini Stabil Nothing OS 3.0

TechnologyDigital
19 Dec 2024 • 10:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing OS 3.0 berasaskan Android 15 versi stabil kini telah tiba untuk dua peranti iaitu Nothing Phone (2) dan Phone (2a) Plus. Selepas lebih sebulan ia diuji, pengguna kini boleh menikmati pelbagai ciri dan fungsi baharu tanpa risau akan pepijat.

image is not available

Berikut adalah antara ciri baharu yang diterima;

  • Widget boleh dikongsi dan memberi reaksi emoji dengan pengguna lain.
  • Font keseluruhan sistem kini adalah San Serif berbanding Ndot sebelum ini.
  • Kini ada widget pengiraan detik.
  • Talam aplikasi pintar baharu menyusun aplikasi mengikut kategori dengan AI.
  • Aplikasi galeri baharu dengan AI akan tiba nanti.

Bukan itu sahaja, keseluruhan antaramuka Nothing OS turut telah dikemaskini dengan rekaan lebih kemas dan lebih banyak pilihan kustomasi. Misalnya pada talam notifikasi, ikon-ikon akses pantas tetapan boleh disusun dan diubah saiz.

image is not available

Untuk Nothing Phone (1), Nothing Phone (2a) Plus dan CMF Phone 1, kemas kini yang sama akan tiba pada awal tahun 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved