Instagram 2024 Collage Kini Boleh Diakses Pengguna

TechnologyDigital
19 Dec 2024 • 9:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Akhir tahun ialah masa yang sesuai untuk merenung kembali semua pahit dan manis pencapaian sambil menantikan tahun yang akan datang. Melalui ciri baharu Instagram 2024 Collage, pengguna kini boleh membuat kolaj gambar yang memaparkan kenangan yang menyimpan berbagai emosi dan makna. Ia sudah boleh diakses pengguna melalui fungsi Story.

image is not available

Cubaan kami mendapati pengguna boleh berkongsi sehingga 20 keping gambar dalam satu kolaj dengan kebolehan beberapa suntingan termasuk mengubah jenis font yang juga boleh dianimasikan atau diperibadikan dengan kesan menarik. Selain itu pengguna turut boleh mengubah imej-imej tadi menjadi beberapa bentuk lain seperti hati, bujur, dan bulat bagi menjadikan kolaj berkenaan lebih menarik. Setelah selesai pengguna boleh berkongsi kolaj berkenaan pada Stories dengan pengikut masing-masing.

image is not available

Pastikan aplikasi telah dikemaskini dengan versi terbaharu bagi mencuba ciri baharu ini. Jadi apakah kenangan atau memori terindah yang pernah anda dapatkan dalam tahun ini? Adakah ia tentang pencapaian peribadi atau sekadar dipenuhi dengan pelbagai acara yang diadakan sepanjang 2024? Kongsikan kesemuanya melalui Instagram 2024 Collage.