Nothing Phone (2a) Akan Dijual Di Malaysia Bermula 6 Mac

TechnologyDigital
1 Mar 2024 • 6:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Belum lagi dilancarkan, Nothing telah mengumumkan yang Malaysia akan menjadi negara terawal dapat membeli peranti kelas pertengahan baharu mereka – Nothing Phone (2a). Pada 6 Mac 2024, anda boleh membeli peranti ini di Crossover, Bandar Sunway pada jam 11 pagi.

image is not available

Sayang sekali, Nothing masih tidak mendedahkan harga jualan peranti ini. Tetapi, siapa yang membeli Phone (2a) pada 6 Mac akan menerima set berkas eksklusif seperti kerangka pelindung dengan cetakan grafik bandar Kuala Lumpur, CMF Watch Pro, tali jam Crossover, beg kertas Nothing berjenama Dupont dan banyak lagi. Pada waktu ini, Nothing hanya menyediakan 100 unit Phone (2a) berwarna hitam dengan variasi 12+256 GB.

image is not available

Agak aneh yang Nothing masih ingin meneruskan jualan eksklusif mereka di sebuah kedai baju, walaupun mereka sudah mempunyai Nothing Image Store di Plaza Low Yat. Terus ikuti Amanz untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, seperti pengumuman harga dan artikel ulasan.