Nothing Phone 2a Akan Menggunakan Sensor 50MP Samsung

TechnologyDigital
27 Dec 2023 • 4:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lagi butiran peranti kelas pertengahan pertama Nothing telah tertiris. Peranti ini dikatakan akan menggunakan nama Nothing Phone (2a), dijana cip Dimennsity 7200, masih mempunyai sistem LED Glyph tetapi rekaan baharu serta menjalankan Androidd 14. Terbaru, SmartPrix telah berkongsi butiran lanjut mengenai kamera dan skrin peranti ini.

image is not available

Phone (2a) akan kekal menggunakan konfigurasi dwi-kamera 50MP, kali ini sensor daripada Samsung. Sudut lebar/utama adalah 50MP Samsung S5KGN9, sudut ultra lebar sama dengan Phone (2) iaitu 50MP Samsung S5KJN1 dan kamera swafoto pula adalah 32MP Sony IMX615 yang turut digunakan pada Phone (2). Sekali lagi skrin peranti ini dikatakan adalah bersaiz 6.7-inci. Pembekal panel FHD+ 120Hz ini dikatakan adalah Visionox.

image is not available

Nothing Phone (2a) dijangka akan dilancarkan semasa acara MWC Barcelona 2024. Peranti ini turut akan menjalankan Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14 dan dijangka dijual pada harga sekitar bawah RM2000. Buat masa ini masih tidak pasti jika peranti ini akan ditawarkan di Malaysia atau terhad untuk pasaran Amerika sahaja. Sama-sama kita nantikan.