OnePlus 12R Diacah Secara Rasmi – Kelihatan Seakan OnePlus 11

TechnologyDigital
27 Dec 2023 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti siri R OnePlus buat pertama kalinya akan dilancarkan di luar China dan India tahun hadapan. Peranti ini adalah OnePlus 12R dan ia telah pun memasuki SIRIM, memberi petanda pelancaran di Malaysia akan tiba dalam masa terdekat. Terbaru, butiran peranti ini telah didedahkan memandangkan ia adalah OnePlus Ace 3 untuk pasaran China.

image is not available

Pertama sekali, rekaan peranti kelihatan lebih kurang sama dengan OnePlus 11. Perbezaan paling ketara adalah suis lungsur notifikasi kini berada di kanan, dengan butang laras suara dan kuasa diletakkan di sisi kiri. Perubahan ini adalah untuk antena yang lebih baik. Binaan peranti turut disahkan adalah logam yang kelihatan premium.

Ace 3 di China akan mempunyai warna gangsa tetapi versi global iaitu 12R terhad kepada Iron Gray dan Cool Blue sahaja. Peranti ini turut akan mempunyai kamera 50MP, penngecasan pantas SuperVOOC 100W dan menjalankan Android 14. Peranti ini akan dilancarkan pada 23 Januari jam 10 malam. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved