Nothing Phone (3a) Dan Phone (3a) Pro Dilancarkan – Hadir Dengan Kekunci “Essential Key”

TechnologyDigital
4 Mar 2025 • 7:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing hari ini secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka, iaitu Phone (3a) dan juga Phone (3a) Pro. Kedua-dua telefon pintar ini membawakan spesifikasi lebih kurang sama , dan sedikit perbezaan pada bahagian kamera.

image is not available

Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Pro hadir dengan skrin 6.77-inci menggunakan panel AMOLED, dan kadar segar semula mencapai 120Hz. Menguasakannya adalah cip Snapdragon 7s Gen 3 4nm, dilengkapi pilihan memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Pada bahagian kamera, kedua-dua peranti menawarkan rekaan yang berbeza. Nothing Phone (3a) hadir dengan rekaan kamera belakang yang disusun sebaris, sementara Nothing Phone (3a) Pro pula dengan rekaan kamera belakang bulat. Kedua-duanya hadir dengan kamera utama 50-megapixel f/1.8, selain turut dilengkapi lensa ultra-lebar 8-megapixel. Perbezaan pada sokongan lensa telefoto, dimana Phone (3a) menyertakan lensa telefoto Samsung 2x 50-megapixel, sementara Phone (3a) Pro pula hadir dengan lensa Sony 3x telfoto periskop 50-megapixel dengan sokongan OIS.

image is not available
Nothing Phone (3a)

image is not available
Nothing Phone (3a) Pro

Melengkapkan peranti ini adalah bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 50W. Kedua-duanya turut hadir dengan sokongan kalis air IP64, NFC, dan juga rangkaian 5G. Nothing menggunakan pengimbas cap jari pada skrin untuk telefon pintar ini, dan menjalankan Android 15 dilengkapi antaramuka Nothing OS 3.1.

Selain spesifikasi menarik, Nothing turut menyertakan ciri khusus melalui sebuah butang yang diletakkan dibawah butang kuasa, dinamakan Essential Key. Kekunci ini membolehkan anda mengakses dengan pantas ke sebuah hab dikuasakan kecerdasan buatan, dinamakan Essential Space. Pengguna boleh dengan mudah menghantar kandungan ke hab ini dengan menekan butang Essential Key, dan ia akan menyusun dan menguruskannya di hab berkenaan. Kami akan menguji dan berkongsi lanjut berkenaan ciri ini melalui ulasan kami kelak.

Harga jualan tempatan dan tarikh penawarannya dijangka diumumkan dalam masa terdekat ini.