
Pengasas bersama Nothing kini mengatakan Nothing sasar untuk menggandakan penawaran model telefon pintar di pasaran menjelang 2027, dan mungkin menyaksikan sehingga 6 model dilancarkan pada 2027 kelak.

Untuk tahun ini, mereka sedia memperkenalkan sebanyak tiga model telefon pintar, iaitu Nothing 4(a), Nothing 4(a) Pro dan juga Nothing 4(b). Dengan sasaran menggandakan penawaran, kita mungkin melihat beberapa model dan siri keluarga baharu diperkenalkan.
Pengenalan ini dilihat hanya untuk model dibawah jenama Nothing sahaja tanpa menyertakan penawaran dibawah CMF. Untuk tahun ini, disebabkan peningkatan harga komponen, pihak CMF telah membatalkan pengenalan model baharu. Tiada sebarang perancangan yang dikongsikan untuk tahun 2027 lagi buat masa ini.
Melalui temuramah bersama TimesNowNews juga, pengasas bersama Nothing menyatakan mereka turut ingin hadir dengan beberapa produk baharu dibawah kategori audio.





