Notis Penutupan Jalan Sementara Di Bulatan INTAN Bermula Hari Ini

27 Apr 2023 • 9:32 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerja-Kerja Pembaikan Dan Menaiktaraf Permukaan Jalan Raya – Kuching/ Samarahan Expressway

Notis Penutupan Jalan Sementara Di Bulatan INTAN Bermula Hari Ini. Laluan Kuching-Samarahan Expressway akan ditutup sementara bermula hari ini, 27 April hingga 27 May ini memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf jalan sebagai sebahagian daripada projek persimpangan lampu isyarat.

Pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut semasa tempoh kerja-kerja pembaikan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan semua pengguna jalan raya sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini nanti.

image is not available
Notis Penutupan Jalan Sementara Di Bulatan INTAN Bermula Hari Ini. Kredit: Facebook

Pihak JKR Bahagian Samarahan akan memaklumkan dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

image is not available

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat. Segala kesulitan amatlah dikesali.

image is not available

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Samarahan melalui talian (082-671076) pada waktu pejabat.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved