Notis Sidang DUN Johor 22 Jun cetus tanda tanya

LocalPolitics
29 May 2026 • 11:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Notis Sidang DUN Johor 22 Jun cetus tanda tanya
Notis Sidang DUN Johor pada 22 Jun depan yang dikongsikan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung mencetuskan pelbagai tanda tanya.

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Notis Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Jun depan yang dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Menurut ADUN daripada DAP itu, situasi berkenaan dianggap luar biasa memandangkan sidang DUN Johor jarang diadakan secara berturut-turut dalam tempoh dua bulan.

Cai Tung turut mempersoalkan apakah tujuan utama Sidang DUN berkenaan dipanggil kerana kesemua 56 ADUN negeri Johor telah bersidang pada awal bulan lalu.

“Pagi ini, Terima notis mesyuarat bagi Sidang Dewan Negeri Johor. Tidak pernah ada Sidang Dewan berturut-turut dua bulan. Kali ini, hanya ‘satu hari’. Tidak ada sesi soal Jawab.

“Sebenarnya, Dewan boleh dibubarkan tanpa memanggil sidang. Kalau bukan untuk Bubar Dewan Negeri Johor. Jadi, apakah agenda Sidang Dewan kali ini. Let’s Guess and see,” katanya dalam muat naik di laman Facebooknya pada Jumaat.

Pada 22 Mei lalu, Timbalan Speaker DUN Johor, Datuk Samsolbari Jamali enggan mengesahkan khabar angin satu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas akan diadakan.

Pada 30 April lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terus menjadi perhatian selepas tersebarnya mesej berhubung sidang DUN khas pada 24 Jun yang didakwa akan berlakunya pembubaran DUN Johor.

Bagaimananapun pada 22 Mei lalu, Timbalan Speaker DUN Johor, Datuk Samsolbari Jamali enggan mengesahkan khabar angin sidang DUN khas berkenaan akan diadakan.